SK Klian Pauh pula ditutup akibat jangkitan Covid-19

Kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Perak hari ini memaklumkan penutupan SK Klian Pauh selama tujuh hari bermula esok.
Kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Perak hari ini memaklumkan penutupan SK Klian Pauh selama tujuh hari bermula esok.
A
A
A

IPOH - Sekolah Kebangsaan (SK) Klian Pauh, Taiping ditutup selama tujuh hari mulai esok susulan pengesahan kes jangkitan koronavirus (Covid-19) di sekolah berkenaan.

Pengarah Pendidikan Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata, penutupan tersebut dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan desinfeksi dijalankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sekolah tersebut akan dibuka semula pada 30 Oktober depan," katanya menerusi satu makluman di Facebook rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Perak hari ini.

Sementara itu, hari ini terdapat sebuah sekolah di daerah Kinta ditutup sehingga 28 Oktober berikutan pengesahan kes jangkitan Covid-19.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Haji Mohd Taib, Chemor ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan desinfeksi dijalankan KKM.

Sebelum ini, sebanyak 11 sekolah di Perak sudah ditutup selama tujuh hari akibat penularan kes jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan murid dan guru.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Sebuah lagi sekolah di Perak ditutup

Sekolah terlibat ialah SMK King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, SK Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang dalam daerah Larut Matang Selama.

Turut ditutup ialah SK Lekir di Batu 8 dekat Sitiawan; SMK Aminuddin Baki dan SK Klebang Jaya masing-masing di Chemor, Ipoh; SK Tanah Kebun di Parit Buntar dan SMK Raja Lope Nor Rashid di Tanjung Piandang, Kerian.

Artikel Berkaitan: