Bukan gelang 'pink' pengawasan tapi tag keluar masuk bebas cukai KLIA

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang gambarnya tular dalam media sosial hari ini kerana menaiki motosikal dengan memakai ‘kononnya’ gelang berwarna merah jambu dekat sini pagi tadi, bukanlah individu yang dikenakan perintah pengawasan Covid-19.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata sebaliknya, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu hanyalah memakai gelang yang merupakan tag keluar masuk kompleks bebas cukai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Semakan mendapati nombor pendaftaran motosikal itu didaftarkan atas nama seorang wanita tempatan berumur 32 tahun, beralamat di Pelabuhan Klang.

“Pasukan polis IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Klang Selatan telah mengesan dan menemu bual pemilik motosikal tersebut. Beliau menyatakan bahawa motosikal tersebut digunakan oleh abangnya yang bekerja sebagai pemandu lori (pada ketika itu),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shamsul Amar berkata hasil siasatan lanjut mendapati lelaki itu mengaku gambar yang tular itu adalah dirinya, dan ia diambil sewaktu beliau pulang dari tempat kerja di Seksyen 15, Shah Alam sekitar 10 pagi tadi selepas selesai urusan penghantaran barang di kompleks bebas cukai KLIA.- Bernama

Artikel Berkaitan: