X

Kindly register in order to view this article
!

'Hanya 30 minit beli barang di Pasar Borong KL'

Pasar Borong Kuala Lumpur akan beroperasi dalam dua sesi setiap Isnin sehingga Sabtu. Hari Ahad pasar berkenaan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja disinfeksi.
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang mahu membeli barangan keperluan di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) hanya dibenarkan berada di dalam premis berkenaan selama 30 minit sahaja sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah berkata, pasar berkenaan juga akan beroperasi dalam dua sesi iaitu jam 12 tengah malam hingga 5 pagi dan 11 pagi hingga 4 petang pada hari Isnin sehingga Sabtu.

Pada hari Ahad pula, katanya, operasi pasar terbabit ditutup bermula jam 6 pagi hingga 9 malam.

"Pelesen dan pekerja pasar juga perlu masuk melalui pintu utama dengan mengimbas kod QR PBKL serta diambil suhu badan," katanya menerusi Arahan Pematuhan Operasi PBKL yang dikeluarkan di laman Facebook DBKL hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa Rabu lalu hingga 27 Oktober ini.

Sementara itu, Mahadi berkata, pelesen di pasar berkenaan juga perlu menyediakan cecair pembasmi kuman di gerai mereka dan semua pihak dinasihatkan supaya mematuhi arahan penjarakkan fizikal.

"Pelesen tidak dibenarkan meninggalkan bakul atau tong kosong yang berisi barangan pada hari Ahad bagi memberi laluan kepada kerja-kerja disinfeksi." katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!