X

Kindly register in order to view this article
!

Kluster Kencana melibatkan tiga negeri dikenal pasti

Anggota bomba melakukan melakukan kerja-kerja sanitasi di Pangsapuri Damansara Bistari bagi mengekang daripada penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat jumlah kes semasa ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu Covid-19 iaitu Kluster Kencana yang melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes indeks iaitu kes ke-13,805 telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

"Kluster Kencana ini dikenal pasti melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Klang dan Gombak di Selangor, Cheras Kuala Lumpur serta Johor Bahru, Batu Pahat dan Pontian di Johor," katanya.

Menurutnya, saringan kontak rapat terhadap 23 individu mendapati 16 lagi turut positif Covid-19.

"Empat lagi disahkan negatif manakala dua masih menunggu keputusan," katanya.

Sementara itu, pada sidang akhbar harian, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 103 daripada 174 kluster telah tamat tempoh pemantauan.

"Jumlah kluster yang aktif ialah 71," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!