PKPD Pentadbiran di Penjara Reman Pulau Pinang

Kakitangan penjara mengawal keadaan sekitar kawasan pintu masuk Penjara Reman Pulau Pinang. - Foto Bernama
Kakitangan penjara mengawal keadaan sekitar kawasan pintu masuk Penjara Reman Pulau Pinang. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Penjara Reman Pulau Pinang menguatkuasakan langkah-langkah pencegahan Covid-19 menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran berkuat kuasa hari ini sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan ialah memperketatkan pergerakan fizikal masuk dan keluar dari Penjara Reman Pulau Pinang termasuk pergerakan bersyarat bagi anggota yang bekerja.

"Perjumpaan dan lawatan keluarga, peguam kedutaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak luar adalah tidak dibenarkan sama sekali," katanya.

Menurut jabatan itu, aktiviti seperti kursus, komuniti, sukan, riadah dan majlis keraian di dalam kawasan penjara dan kuarters adalah dilarang sama sekali.

Selain itu, katanya sekatan penuh akan dilaksanakan ke atas blok-blok penempatan banduan yang positif Covid-19.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbar harian mengenai Covid-19 berkata, Kluster Penjara Reman Pulau Pinang mencatatkan keseluruhan 19 kes serta satu kematian. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Kluster Penjara Reman hanya babitkan banduan

Kluster Penjara Reman: Tujuh lagi positif adalah banduan

Artikel Berkaitan:

Kluster Penjara Reman: Tiga banduan sel sama sah positif