Tersebar dakwaan Hajiji, isteri dijangkiti Covid-19

Nama Hajiji dan isteri yang didakwa tertera pada papan putih di sebuah hospital ditularkan di media sosial hari ini.
Nama Hajiji dan isteri yang didakwa tertera pada papan putih di sebuah hospital ditularkan di media sosial hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Beberapa gambar mula tular hari ini berhubung khabar angin mengatakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor positif koronavirus (Covid-19) dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini.

Bagaimanapun, kesahihan khabar angin itu tidak dapat dipastikan dan setakat semalam Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong hanya mengeluarkan kenyataan media bahawa Hajiji sedang menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu.

Gambar yang tular itu menunjukkan nama Hajiji dan isterinya, Datin Seri Julia Salag tertera pada papan tulis dipercayai di sebuah hospital.

Selain itu, turut tular perbualan dalam kumpulan WhatsApp mengatakan Hajiji dimasukkan ke wad hospital manakala keluarganya dikenakan kuarantin di Tuaran.

Dalam perbualan itu turut menyebut bahawa pihak Istana Negeri mengesahkan bahawa Hajiji, isteri dan beberapa menteri positif Covid-19.

Semalam dalam kenyataan media, Safar berkata, Hajiji mengambil langkah itu selepas terdedah dengan individu yang didapati positif Covid-19.

Bagaimanapun, kenyataan itu berkata, kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa dan sekiranya mesyuarat perlu diadakan, ia akan dibuat melalui persidangan video.

Artikel Berkaitan: