Dixon sifatkan Litar Le Mans antara litar terbaik

Aksi Dixon(96) dan Vierge (96) pada GP Catalan dua minggu lalu.
Aksi Dixon(96) dan Vierge (96) pada GP Catalan dua minggu lalu.
A
A
A

PELUMBA Moto2 Petronas SRT, Jake Dixon menyifatkan, litar Le Mans sebagai antara litar yang terbaik setakat ini kerana dirinya seringkali mencatatkan masa kelayakan yang baik di situ.

Justeru Dixon berkata, dia dan rakan sepasukannya Xavi Vierge pasti akan melalui hujung minggu yang menarik pada perlumbaan minggu ini.

"Walaupun keadaan cuaca sukar diramalkan minggu ini, tetapi kami bersedia bagi berdepan apa-apa keadaan bagi mengharungi perlumbaan hujung minggu ini.

"Saya tidak sabar untuk berlumba dan berharap keputusan perlumbaan kali ini adalah yang terbaik buat pasukan," katanya.

Sementara itu rakan sepasukannya Xavi Viergeb berkata, dia telah merangka perancangan strategi bagi mengharungi perlumbaan berkenaan dan berharap ia mampu direalisasikan di litar sepanjang 4.2 kilometer itu.

Malah Vierge turut mengakui Le Mans sebagai antara litar yang digemarinya selama bergelar pelumba.

"Litar " "Litar Le Mans adalah antara litar yang saya gemari kerana saya telah mengharungi banyak perlumbaan yang menyeronokkan di sini pada masa lalu.

"Berdasarkan prestasi kami yang agak kompetitif dalam empat perlumbaan sebelum ini, kami yakin ia dapat diteruskan kali ini.

Artikel Berkaitan:

"Objektif kami minggu ini adalah untuk sentiasa kompetitif, enjoy dengan perlumbaan dan menamatkannya dengan menaiki podium," katanya.