X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 22 Januari 2022

Allahyarham Paimuzi komited bekerja: Zulkifli

Ciapan Zulkifli mengenai Allahyarham Paimuzi di Twitter miliknya hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya seorang penjawat awam yang gigih dan komited dalam menjalankan tugas.

Menurutnya, walaupun kesihatan Allahyarham merosot sejak beberapa bulan lalu, namun beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) masih aktif mempengerusikan mesyuarat dan menerima kunjungan tetamu ke pejabat.

“Kali terakhir kami bertemu ketika Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan KAFA Peringkat Kebangsaan baru-baru ini,” ciapnya di Twitter miliknya hari ini.

Zulkifli turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap agar mereka bersabar atas dugaan ini.

“Sumbangan beliau kepada Islam dan negara insya-ALLAH menjadi bekal buatnya di alam sana,” katanya.

Allahyarham Paimuzi disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 1 tengah hari tadi akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah beliau di Kuang, Selangor untuk urusan pengebumian pada petang ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Pengarah Jakim meninggal dunia


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!