Rejim Zionis musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza

DR ZIAD SHAHEDA
DR ZIAD SHAHEDA
A
A
A

SHAH ALAM – Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.

Pengurus Besar Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) di Gaza, Dr Ziad Shehada berkata, kemusnahan itu mengakibatkan semua lintasan di Rafah ditutup pada Selasa dan tiada lagi trak (bantuan kemanusiaan) dapat memasuki Gaza.

“Tiada lagi mangsa yang boleh meninggalkan Gaza untuk rawatan perubatan dan tiada lagi makanan serta minuman yang boleh didapati di pasaran.

“Kira-kira 1.5 juta orang (rakyat Palestin) sedang berpindah dari Rafah ke kawasan lain lain seperti Khan Younis, Deir Al Balah, Nusairat dan lain-lain,” katanya menerusi rakaman video di TikTok beliau.

Media melaporkan tentera Israel pada Selasa berkata pihaknya mengambil alih kawalan operasi di lintasan sempadan Rafah iaitu terletak antara Gaza dengan Mesir dan pasukan khas rejim itu sedang mengimbas kawasan berkenaan.

Rafah menempatkan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan berlindung daripada serangan Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.

Ziad memaklumkan, kebanyakan daripada mangsa yang berpindah juga tidak mempunyai khemah untuk berteduh.

“Kami di MyCare mempunyai banyak khemah tetapi ia tidak mencukupi untuk menampung semua orang.

Artikel Berkaitan:

“Saya percaya hampir setengah juga orang (kaum lelaki) bersama wanita dan anak-anak mereka tidur di jalanan dan di pantai malam tadi tanpa sebarang (kemudahan atau kelengkapan) apa pun,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!