Taman Negara lengang

Perkhidmatan bot yang kini tidak beroperasi selepas Perhilitan mengeluarkan arahan penutupan sementara lokasi pelancongan terkenal itu.
Perkhidmatan bot yang kini tidak beroperasi selepas Perhilitan mengeluarkan arahan penutupan sementara lokasi pelancongan terkenal itu.
A
A
A

JERANTUT - Suasana di Taman Negara hari ini lengang berikutan arahan penutupan sementara lokasi pelancongan terkenal itu bermula Selasa lalu.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) berikutan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Antara yang terkesan akibat penutupan pusat penginapan terkenal itu ialah Mutiara Taman Negara Resort (MTNR) kerana perlu mengosongkan MTNR dan menghentikan sebarang aktiviti berkaitan.

Pengurus Hospitaliti dan Pelancongan MTNR, Sabri Abdullah berkata, seramai 50 pelancong tempatan mengosongkan pusat penginapan terbabit semalam.

Sabri Abdullah
Sabri Abdullah

"Semua urusan pengosongan semalam berjalan lancar walaupun penginapan mereka masih belum berakhir. Pelancong juga akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak terbabit," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sabri juga mengakui pihaknya terkejut dengan arahan drastik itu dan kesannya dirasai

"Kami baru 'bernafas' dan beroperasi pada penghujung Jun lalu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu. Arahan ini memberi kesan kepada pihak kami," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, pihaknya juga gusar kerana arahan tersebut dilihat tidak jelas kerana tiada tarikh muktamad Taman Negara dibuka kembali kepada pelancong.

"Walaupun situasi ini menjejaskan kami namun akur kerana keadaan pandemik Covid-19 buat masa ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemudahan awam Perhilitan ditutup mulai esok