Penutupan lorong di lebuh raya dilarang bermula esok

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya dilarang selama sembilan hari berkuat kuasa esok.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menerusi catatan di Facebook beliau berkata, larangan yang bermula esok sehingga 2 Julai itu bagaimanapun terkecuali bagi kerja-kerja melibatkan kes kecemasan.

Katanya, larangan berkenaan sebagai persediaan untuk menghadapi peningkatan jumlah trafik yang menggunakan lebuh raya ketika musim perayaan.

"Arahan telah dikeluarkan dan saya berharap semua pihak terlibat dapat mematuhi makluman notis ini memandangkan aliran trafik yang tinggi ketika musim perayaan,” katanya.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun. - Bernama