Tiga cadangan dalam Bajet 2021 untuk lindungi pengguna

Fred Roeder
Fred Roeder
A
A
A

KUALA LUMPUR – Tiga perkara telah dikemukakan oleh The Consumer Choice Center (CCC) kepada kerajaan Malaysia untuk dimasukkan dalam Bajet 2021 yang bertujuan melindungi pengguna daripada isu pasaran gelap.

Kumpulan advokasi pengguna global itu dalam satu kenyataan berkata, perkara pertama yang dicadangkan ialah menyediakan peruntukan untuk tujuan pendidikan kepada pengguna agar tidak membeli produk pasaran gelap.

"Peruntukan khas perlu disediakan oleh kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan bagi mengadakan jerayawara ke seluruh negara untuk mendidik pengguna daripada membeli produk pasaran gelap," kata kenyataan itu hari ini.

Kedua, mengkaji semula struktur eksais dan melakukan perubahan terhadap cukai bagi menutup jurang harga antara produk sah yang kini diletakkan pada harga yang jauh tinggi disebabkan cukai dan duti eksais berbanding produk seludup.