Sila log masuk terlebih dahulu.

Perunding kecantikan di Parkson One Utama positif Covid-19

Proses disinfeksi sedang dijalankan di sekitar premis terbabit yang terletak di pusat membeli belah 1 Utama di Petaling Jaya. - Foto Facebook Parkson Malaysia
Proses disinfeksi sedang dijalankan di sekitar premis terbabit yang terletak di pusat membeli belah 1 Utama di Petaling Jaya. - Foto Facebook Parkson Malaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang perunding kecantikan di Elite Parkson, Pusat Membeli Belah One Utama, Petaling Jaya disahkan positif koronavirus (Covid-19) selepas keputusan saringan pada Rabu.

Parkson Malaysia menerusi entri terbaharu di Facebook memaklumkan, perunding kecantikan terbabit bertugas di bahagian kosmetik dan wangian di tingkat G premis membeli belah itu.

Menurutnya, kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi sedang dijalankan seperti mana ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kami telah menutup premis Parkson Elite 1 Utama bagi proses sanitasi dijalankan seperti mana ditetapkan oleh KKM.

“Premis kami akan ditutup sementara bagi proses mitigasi risiko jangkitan dan akan dibuka esok dengan kakitangan baharu,” katanya hari ini.

Isnin lalu, seorang kakitangan Mac City Service Centre di kompleks beli-belah berkenaan didapati positif Covid-19.

Kakitangan berkenaan tidak berkunjung ke pusat beli-belah itu sejak 30 September lalu dan telah dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan untuk rawatan.

Menurut kenyataan itu, pihak pengurusan telah menjejaki pintu masuk pekerja lelaki itu dan mendapati suhu kakitangan berkenaan berada di bawah 37.5 darjah celsius.

Artikel Berkaitan: