Empat maut, paip air panas pecah di pusat membeli-belah

Pasukan perubatan membantu mangsa yang cedera selepas paip air panas pecah di sebuah pusat membeli-belah di Moscow pada Sabtu. - Foto EPA
Pasukan perubatan membantu mangsa yang cedera selepas paip air panas pecah di sebuah pusat membeli-belah di Moscow pada Sabtu. - Foto EPA
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya empat orang maut apabila paip air panas pecah di sebuah pusat membeli-belah di Moscow pada Sabtu, kata Datuk Bandar Sergey Sobyanin.

Media Rusia melaporkan bahawa mengikut sumber perubatan, sekurang-kurangnya sembilan orang mengalami lecur teruk akibat kejadian itu.

Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan beberapa lagi melecur teruk akibat paip air panas pecah di sebuah pusat membeli-belah di Moscow pada Sabtu. - Foto EPA
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan beberapa lagi melecur teruk akibat paip air panas pecah di sebuah pusat membeli-belah di Moscow pada Sabtu. - Foto EPA

Perkhidmatan kecemasan mengesahkan bahawa kesemua mangsa yang meninggal dunia adalah pekerja Hypermarket Global Gourmet, yang terletak di tingkat bawah pusat membeli-belah, lapor Agensi Anadolu.

Pasukan penyelamat dan anggota perubatan kini berada di tempat kejadian. - Bernama-Anadolu