Trump kembali bertugas selepas dijangkiti Covid-19

Donald Trump menanggalkan pelitup muka selepas pulang dari sebuah hospital tentera di Rumah Putih, Washington pada 5 Oktober lalu. - Foto AFP
Donald Trump menanggalkan pelitup muka selepas pulang dari sebuah hospital tentera di Rumah Putih, Washington pada 5 Oktober lalu. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam kembali semula bekerja di Pejabat Oval selepas enam hari didapati positif koronavirus (Covid-19) walaupun terdapat amaran beliau kemungkinan akan menyebabkan kakitangan lain berisiko dijangkiti virus tersebut.

Tindakan Presiden itu yang berdepan kritikan keras terhadap caranya mengendalikan Covid-19 kini 'diawasi' selepas sejumlah kes positif meningkat dalam kalangan staf yang bekerja di Rumah Putih.

Selepas terdapat kenyataan bercanggah sama ada Presiden akan kembali semula bekerja pada Selasa lalu, seorang pegawai pentadbiran memberitahu AFP bahawa Trump hadir semalam dengan bilangan kakitangan yang 'amat terhad' di pejabatnya.

Trump dimasukkan ke sebuah hospital tentera pada Jumaat lalu akibat Covid-19 tiba di luar sebuah pintu bagi mengelak beliau melalui sekumpulan orang ramai.

"Baru mendapat taklimat tentang Hurikan Delta," kata Presiden As itu menerusi Twitter yang bersemangat untuk menunjukkan kembalinya ke Rumah Putih sebagai kemenangan peribadi menentang virus tersebut ketika beliau mencatatkan keputusan yang buruk dalam tinjauan pendapat menentang pencabarnya, Joe Biden daripada parti Demokrat.

Penyakit Trump adalah seperti pendiriannya yang acuh tidak acuh terhadap virus tersebut telah mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk ketika beliau berjalan keluar untuk siaran televisyen dari sebuah hospital tentera pada Isnin lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Trump naiki kenderaan lawat penyokong dekat hospital

Trump masih belum serik

Artikel Berkaitan:

Trump terus pamer sisi bodoh

Selepas keluar dari sebuah helikopter di Rumah Putih, beliau menaiki tangga kediamannya dan membuka pelitup muka yang merupakan 'peralatan perlindungan' bagi menentang virus tersebut tetapi kerap 'diperlekehkannya'.

Menjelang semalam, doktor yang merawatnya juga melaporkan bahawa Presiden AS itu bebas daripada simptom Covid-19 selama 24 jam dan tidak menghidap demam selama empat hari.

"Pagi ini (semalam) Presiden menyatakan 'saya berasa sihat'," kata Dr Sean Conley dalam satu taklimat ringkas.

Tinjauan pendapat terbaharu menunjukkan kemenangan berpihak kepada Biden dengan stesen penyiaran CNN menunjukkan beliau memperoleh 57 peratus sokongan berbanding Trump mendapat 41 peratus dalam kalangan pengundi. - AFP