Trump naiki kenderaan lawat penyokong dekat hospital

Donald Trump melambaikan tangan ke arah para penyokongnya ketika menaiki sebuah kenderaan bersama ejen Perkhidmatan Rahsia dekat Hospital Tentera Walter Reed, Washington semalam. - Foto AFP
Donald Trump melambaikan tangan ke arah para penyokongnya ketika menaiki sebuah kenderaan bersama ejen Perkhidmatan Rahsia dekat Hospital Tentera Walter Reed, Washington semalam. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menaiki sebuah kenderaan semalam dan dibawa keluar dari sebuah hospital dekat Washington di mana beliau dirawat akibat koronavirus (Covid-19).

Beliau yang memakai pelitup muka melambaikan tangan ke arah para penyokongnya ketika konvoi kenderaan melepasi mereka dan kembali semula ke hospital tentera Walter Reed.

"Kita sedang pergi untuk melakukan satu lawatan mengejut untuk pahlawan-pahlawan kita yang agung di jalan raya," kata Trump dalam satu video yang disiarkan di Twitter.

Trump turut berkata, beliau telah mempelajari 'banyak' perkara tentang Covid-19 semasa 'melawan' virus tersebut di hospital.

"Ini merupakan sekolah yang sebenar. Ini bukannya membiarkan hanya membaca buku di sekolah dan saya memahaminya dan ia merupakan perkara yang amat menarik," katanya.

Doktor Presiden AS itu berkata, semalam keadaan beliau semakin baik dan menambah Trump mungkin dibenarkan keluar dari hospital pada hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Trump mungkin dibenar keluar hospital pada Isnin

Sementara itu, beberapa pakar perubatan mengkritik tindakannya menaiki kenderaan untuk membuat lawatan mengejut itu.

Artikel Berkaitan:

"Setiap orang di dalam kenderaan itu perlu dikuarantin selama 14 hari," kata James Phillips iaitu ketua perubatan bahagian musibah Universiti George Washington.

"Mereka mungkin mendapat sakit. Mereka juga mungkin meninggal dunia. Untuk pentas politik, diketuai oleh Trump dan meletakkan nyawa mereka dalam risiko. Ini sesuatu yang hilang akal," ujarnya.

Pengerusi Jabatan Etika Perubatan dan Dasar Awam di Universiti Pennsylvania dan kerap muncul di televisyen, Zeke Emanuel menggambarkan penampilan Trump itu sebagai sesuatu yang memalukan.

"Membuatkan ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia memandu seorang pesakit Covid-19 dengan tingkap (kenderaan) dinaikkan adalah mengejutkan dan meletakkan mereka berisiko terkena jangkitan," katanya menerusi Twitter.

Bagaimanapun, jurucakap White House, Judd Deere berkata, langkah-langkah berjaga telah diambil untuk melindungi Trump dan kakitangan sokongannya termasuk pemakaian alat pelindung diri.

"Pergerakannya telah dibenarkan oleh pasukan perubatan sebagai selamat untuk dilakukan," katanya. - AFP