PKPB di Sandakan, Papar, Tuaran dan Klang bermula 9 Oktober

ISMAIL SABRI
ISMAIL SABRI
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di zon merah iaitu Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor bermula 9 Oktober ini susulan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di kawasan tersebut.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan ini diambidi zon merah iaitu Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor bermula 9 Oktober ini susulan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di kawasan tersebl bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

“Pergerakan keluar masuk di keempat-empat kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan. Hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.

“Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar secara maya dari kediamannya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan hari ini.

Katanya, antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi kawasan yang terlibat adalah, hanya dua orang sahaja dari sesebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan rumah, perniagaan bukan perkhidmatan perlu perlu ditutup, serta waktu operasi restoran, kedai makan, kedai runcit dan kedai serbaneka adalah dari 6 pagi hingga 6 petang.

Selain itu Ismail Sabri berkata, sebarang aktiviti sukan, sosial dan keagamaan, tidak dibenarkan dan perkhidmatan teksi, e-hailing serta penghantaran makanan, dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam sahaja.

“Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti juga tidak dibenarkan beroperasi. Penduduk yang bekerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPB. Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau bekerja dari rumah,” katanya.

Sementara itu, beliau mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di Rumah Pangsa Tongkang Yard (Seberang Perak) ditamatkan berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini (8 Oktober), setelah tiada penambahan kes baharu Covid-19 direkodkan untuk tempoh tujuh hari (sejak 28 September).

Artikel Berkaitan:

Pada 25 September lalu, kerajaan menamatkan PKPD Pentadbiran di Kota Setar, Kedah namun telah melanjutkan tempoh PKPDB di Rumah Pangsa Tongkang Yard (Seberang Perak).

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan Jabatan Peguam Negara membenarkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat inspektor ke atas, mengeluarkan kompaun serta merta di lapangan kepada individu yang melanggar SOP.

Mengenai kurantin wajib, beliau berkata, dari 24 Julai sehingga semalam, seramai 42,526 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

“Daripada jumlah itu, seramai 9,522 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 66 Hotel dan 13 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta. Seramai 106 individu dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 32,898 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang ke rumah,” katanya. - Bernama