11 petugas media Kelantan negatif Covid-19

Laporan Sinar harian semalam.
Laporan Sinar harian semalam.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebelas wartawan dan jurukamera pelbagai agensi yang menjalani ujian swab semalam didapati negatif koronavirus (Covid-19).

Perkara tersebut dimaklumkan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, keputusan awal telah diperoleh dan kesemua petugas media yang terlibat tidak dijangkiti wabak tersebut walaupun mereka turut membuat liputan salah satu program yang dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

"Apa pun mereka (petugas media) perlu menitik beratkan penjagaan diri masing-masing dan patuh pada semua arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Jangan ambil mudah setiap tindakan yang dilakukan dan pastikan basuh tangan dengan sabun sekerap yang mungkin selain menggunakan pelitup muka yang bersesuaian sepanjang menjalankan tugas," katanya.

Semalam, 11 petugas media tersebut yang terdiri daripada wartawan dan jurukamera mengambil keputusan untuk menjalani ujian pengesahan Covid-19 di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh selepas mendapati Zulkifli positif wabak tersebut.

Media yang terlibat difahamkan telah menghadiri salah satu program menteri itu di Dewan Jubli Perak pada 25 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan, jurukamera di Kelantan jalani ujian Covid-19

Artikel Berkaitan: