Tiada 'double standard' dalam isu kuarantin: Muhyiddin

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan Perutusan Khas Perdana Menteri berhubung situasi semasa Covid-19 di kediamannya hari ini. -Foto Bernama
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan Perutusan Khas Perdana Menteri berhubung situasi semasa Covid-19 di kediamannya hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tidak wujud isu 'double standard' dalam soal mematuhi arahan kuarantin kerana semua perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, beliau sebagai Perdana Menteri juga tidak terkecuali daripada tertakluk kepada SOP.

"Saya sendiri pada masa ini sedang menjalani kuarantin di rumah selepas mempengerusikan satu mesyuarat yang dihadiri oleh seorang menteri yang disahkan positif Covid-19.

"Ini merupakan kali kedua saya menjalani kuarantin di rumah sejak pandemik Covid-19 melanda negara kita dan saya mesti patuh kepada peraturan," katanya menerusi Perutusan Khas Situasi Semasa Covid-19 hari ini.

Muhyiddin berkata, selain beliau tujuh lagi menteri dan enam timbalan menteri juga dikehendaki menjalani kuarantin di rumah pada ketika ini.

"Mereka mesti patuh kepada peraturan dan tindakan boleh diambil sekiranya ingkar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PM jangka kes Covid-19 terus meningkat

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah menuding jari mencari kesalahan mana-mana pihak.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, beliau tahu ada pihak yang sengaja menangguk di air keruh ketika ini dengan mempolitikkan masalah yang sedang dihadapi oleh negara.

"Jangan kita pedulikan mereka. Kita mesti fokus kepada usaha menangani pandemik ini secara bersama," katanya.