Jaminan tempoh masa jika tutup sekolah, sekat rentas negeri

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan penutupan sekolah dan sekatan rentas negeri akan dibuat di peringkat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengurusan pandemik koronavirus (Covid-19) selepas menerima nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memberi jaminan notis yang mencukupi akan diberikan kepada orang ramai sekiranya keputusan tersebut dilaksanakan.

Menurut beliau, ia supaya tiada sesiapa yang terkandas seperti mana keputusan menyekat pergerakan antara negeri Sabah dengan Semenanjung, Sarawak dan Labuan yang sebelum ini akan berkuatkuasa mulai esok.

“Setelah berbincang dengan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri (Yaakob), saya telah membuat keputusan untuk memberi lebih banyak masa sebelum sekatan ini dilakukan.

“Keputusan itu saya buat bagi mengelakkan ramai penumpang yang bakal terkandas akibat kesuntukan masa membuat perubahan kepada jadual perjalanan mereka.

“Tarikh baharu sekatan pergerakan antara negeri Sabah dengan Semenanjung, Sarawak dan Labuan akan berkuatkuasa mulai 12 Oktober, jam 12.01 tengah malam hingga 25 Oktober 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siaran langsung perutusan khas situasi semasa Covid-19 di akaun Facebook rasminya hari ini.

Artikel Berkaitan: