X

Kindly register in order to view this article
!

Exco Kedah positif Covid-19 dituntut letak jawatan: AMK

Azman, Mohammed Firdaus
A
A

ALOR SETAR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah mendesak Exco Kedah, Azman Nasruddin yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) meletak jawatan berikutan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selepas kembali dari Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketuanya, Mohammed Firdaus Johari berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas itu juga harus memohon maaf kepada rakyat Kedah kerana menjadi pencetus penyebaran wabak itu sehingga menjangkiti pihak lain.

Menurutnya, sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri wakil rakyat itu amat dikesali kerana tidak melakukan ujian saringan (swab) dan kuarantin kendiri selepas pulang dari berkempen PRN Sabah.

“Azman wajar meletakkan jawatan sebagai Exco Kedah. Ini melibatkan integriti beliau sebagai pemimpin negeri dan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sinar Harian melaporkan Azman dan pembantunya yang baru pulang dari PRN Sabah disahkan positif dan kini menjalani rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Sinar Harian melaporkan Azman dan pembantunya yang baru pulang dari PRN Sabah disahkan positif dan kini menjalani rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Mohammed Firdaus turut mencadangkan Azman didakwa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana ingkar SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jangan wujud layanan dua darjat antara rakyat dan pemimpin politik. Adakah kerajaan negeri atau pihak berwajib akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau sebagaimana tindakan terhadap individu yang menjadi pencetus merebaknya Kluster Sivagangga?

Setiap rakyat Malaysia harus dilayan dan dibicarakan secara adil dan saksama. Hak keadilan perlu diutamakan,” katanya.

Menurutnya, kes Azman disifatkan serius kerana menyebabkan isterinya, seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang dijangkiti dan positif Covid-19.

“Ini menyebabkan lebih 600 pelajar dan guru sekolah itu berdepan kesulitan dan terpaksa menjalani ujian saringan Covid-19,” katanya.

Mohammed Firdaus berkata, rentetan itu, sekolah terbabit terpaksa ditutup selama lapan hari.

“AMK Kedah menuntut Azman memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Kedah termasuk ibu bapa serta guru SK Permatang Janggus,” katanya.

Menurutnya, difahamkan, Azman turut menghadiri pelbagai program rasmi kerajaan negeri dan beberapa program di Langkawi pada 27 September.

“Kami simpati dengan keadaan kesihatan beliau dan keluarganya dan mendoakan beliau cepat sembuh tetapi salah tetap salah,” katanya.

Baru-baru ini, Kedah digemparkan dengan beberapa kluster baharu Covid-19, iaitu Kluster Bah Rose, Bah Ketil dan Bah Lunas yang membimbangkan rakyat negeri itu.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Azman dan pembantunya yang baru pulang dari PRN Sabah disahkan positif dan kini menjalani rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!