X

Kindly register in order to view this article
!

Ismail Sabri jawab dakwaan ahli politik punca kes Covid-19 meningkat

Ismail Sabri
A
A

PUTRAJAYA- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan rakyat agar tidak panik dan bimbang dengan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Beliau berkata, meskipun angka positif koronavirus (Covid-19) dilihat besar, namun kebanyakan kes itu melibatkan tahanan penjara di Kedah dan Sabah, yang terasing daripada komuniti.

“Rakyat diharap tidak terlalu panik, walaupun rakyat mungkin marah pada saya kerana kata jangan panik... tetapi walaupun begitu jangan ambil lewa dan rasa selesa... sentiasalah perketatkan kawalan kendiri, selagi vaksin tidak ditemui,” katanya.

Ditanya dakwaan orang politik berkempen di Sabah adalah punca peningkatan kes Covid-19 dalam negara, Ismail Sabri berkata lebih 13,000 saringan dilakukan dan lebih kurang 130 adalah positif, iaitu satu peratus daripada mereka yang kembali dari Sabah.

"Satu peratus itu bukan orang politik semata-mata, turut melibatkan pelancong, orang yang mempunyai tugasan rasmi dan urusan perniagaan", katanya.

Ismail Sabri juga menegaskan tidak ada keperluan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Beliau berkata, kes di negeri-negeri lain juga mencatatkan angka yang rendah, sama ada satu hingga tiga kes sahaja, kecuali Selangor 31, namun ia belum sampai ke tahap merah.

“Jadi kalau kita tengok, kebanyakan satu atau dua kes di setiap negeri, jadi bukan satu perkara yang membimbangkan.

“Kalau satu, dua kes kita nak buat sekatan satu negara, sampai bila pun negara kita PKP...,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penularan Covid-19 dalam negara terkawal: PM


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!