Selangor bakal umum tindakan cegah Covid-19

Amirudin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri Selangor melalui sidang video hari ini.
Amirudin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri Selangor melalui sidang video hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan mengambil beberapa tindakan untuk mencegah penularan Covid-19 di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi memperincikan tindakan yang akan diambil.

"Saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri Selangor melalui sidang video kerana saya masih kuarantin di rumah.

"Berikutan kenaikan jumlah kes Covid-19 yang mendadak di Selangor, kerajaan negeri akan mengambil beberapa tindakan untuk mencegah penularan wabak ini di Selangor," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini.

Beliau berkata, pengumuman khas dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan bagi memperincikan tindakan yang akan diambil segera.

Semalam, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan, kes baharu menunjukkan peningkatan berbanding kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan iaitu 2,284 kes.

Artikel Berkaitan: