Tujuh daerah di Selangor kini zon kuning

Info grafik yang dimuat naik di laman Facebook STFC.
Info grafik yang dimuat naik di laman Facebook STFC.
A
A
A

SHAH ALAM - Tujuh daerah di Selangor bertukar kepada zon kuning susulan merekodkan 10 kes baharu jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19) hari ini.

Antara daerah terlibat adalah Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Hulu Selangor, Gombak dan Sepang.

Menerusi kemaskini di laman Facebook Selangor Task Force Covid-19 (STFC), negeri ini turut merekodkan sejumlah 53 kes aktif iaitu individu yang boleh menjangkiti dan 39 kes melibatkan individu mendapat jangkitan di negeri lain.

"Kadar kebolehjangkitan (RO) Covid-19 di Selangor juga lebih tinggi berbanding Sabah setakat ini.

"Hal itu sangat memerlukan kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) pada tahap tertinggi bagi menurunkan semula jangkitan di Selangor," katanya.

Pada 15 September lalu, kesemua daerah di Selangor berstatus zon hijau selepas 41 hari mengharungi kes aktif di bawah angka lima.

Bagaimanapun, jumlah itu merekodkan pertambahan susulan pertambahan kes melibatkan individu yang pulang dari Sabah.

Artikel Berkaitan: