X

Kindly register in order to view this article
!

Kempen Hentikan Pasaran Gelap diperhebatkan

Jonathan Reed menunjukkan bas kempen Hentikan Pasaran Gelap yang akan bergerak ke pelbagai lokasi di Lembah Klang bermula semalam.
A
A

BUKIT DAMANSARA - Malaysia British American Tobacco (Malaysia) Berhad (BAT Malaysia) memperhebatkan kempen pasaran rokok gelap di negara ini apabila melancarkan bas berslogan 'Hentikan Pasaran Gelap Sekarang' semalam.

Ia merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk berkongsi maklumat dengan rakyat Malaysia dan menarik perhatian mengenai betapa seriusnya isu pasaran gelap sehingga mengakibatkan kerugian cukai eksais mencecah RM5.3 bilion setiap tahun.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Jonathan Reed berkata, bas tersebut akan bergerak ke pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang bermula semalam sehingga Disember 2020.

Beliau berkata, isu pasaran rokok seludup telah terpinggir sejak sekian lama dan telah mengakibatkan kerugian besar kepada negara.

Oleh itu katanya, bas berslogan 'Hentikan Pasaran Gelap Sekarang' itu bertujuan meningkatkan kesedaran kepada rakyat di negara ini bahawa isu rokok seludup tidak lagi boleh diketepikan atau dielakkan lagi.

“Pasaran gelap ini bukan sekadar isu industri. Ia menjejaskan semua lapisan rakyat Malaysia secara langsung dan tidak langsung.

"Saiz pasaran gelap di negara dianggarkan sebesar RM300 bilion dan hasil-hasilnya pula digunakan bagi membiayai jenayah, menjana rasuah dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi, sedangkan dana ini amat diperlukan rakyat untuk keluar daripada pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lebih membimbangkan kata Reed, masalah ini semakin berleluasa walaupun usaha penguatkuasaan telah dilipat-gandakan pada tahun ini.

"Kaji Selidik Rokok Seludup oleh Nielsen baru-baru ini mendedahkan bahawa rokok seludup di Malaysia sebenarnya telah bertambah sejak beberapa bulan ini dan berada pada tahap 62 peratus daripada jumlah keseluruhan pasaran dalam Julai 2020,” katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan ekonomi yang malap pada masa sekarang, ia dikhuatiri akan mendorong peningkatan kepada pasaran rokok seludup.

"Langkah polisi perlu dilaksanakan dengan segera bagi membanteras pasaran rokok seludup. Kerajaan perlu juga mempertimbangkan langkah-langkah selain daripada tindakan penguatkuasaan untuk benar-benar menangani isu ini dengan berkesan,” katanya.

Beliau berharap rakyat Malaysia yang melihat bas 'Hentikan Pasaran Gelap Sekarang' di jalan raya akan menyokong kempen mereka dan menyertai perbincangan dengan melawat https://www.facebook.com/stoptheblackmarket.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!