X

Kindly register in order to view this article
!

Keluarga Pengerusi Tetap Warisan mohon privasi

Tular pesanan meminta mendoakan kesihatan Vui Keong dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam.
A
A

KOTA KINABALU - Ahli keluarga kepada Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meminta semua pihak menghormati dan memberi ruang privasi berhubung keadaan pemimpin itu yang dikatakan tenat.

Menurut sumber terdekat, kenyataan rasmi berhubung perkara itu akan diberikan pada waktu sesuai sekiranya perlu.

"Jika berkaitan Datuk Vui Keong, keluarga akan membuat kenyataan rasmi mengenainya kalau diperlukan pada waktu yang sesuai.

"Buat masa ini, kami berharap diberi privasi dan diharap pihak lain menghormatinya," katanya ketika dihubungi melalui WhatsApp hari ini.

Sejak semalam tular pesanan ringkas WhatsApp berhubung Pengerusi Tetap Parti Warisan Sabah (Warisan) itu dikatakan dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri di sebuah hospital swasta di sini.

Menurut pesanan itu meminta supaya mendoakan kesihatan Vui Keong yang dikatakan kritikal akibat jangkitan paru-paru.

Vui Keong dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Warisan Plus baru-baru ini.

Bagaimanapun, sepanjang kempen Warisan pada PRN itu kelibat Vui Keong tidak kelihatan termasuk ketika hari pengumuman calon Warisan Plus di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 10 September lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!