Covid-19: 82 kes baharu, jumlah tertinggi di Sabah

DR NOOR HISHAM - Foto Bernama
DR NOOR HISHAM - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sabah kekal mencatatkan jumlah tertinggi kes baharu koronavirus (Covid-19) negara dengan 64 kes direkodkan daripada 82 kes baharu hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 79 kes penularan tempatan dan tiga kes import, menjadikan kes terkumpul wabak itu mencecah 10,769 dengan 133 kematian.

“Daripada 79 kes penularan di dalam negara, 53 kes melibatkan warga tempatan dan 26 kes bukan warganegara.

Daripada 64 kes yang berlaku di Sabah, 33 kes daripada Kluster Benteng LD, 25 kes daripada Kluster Bangau-Bangau, tiga kes saringan bergejala, satu kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa pulang dari Semenanjung, satu kes penyakit seperti selesema (ILI) di Klinik Kesihatan Tawau dan satu saringan kemasukan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, 15 lagi kes penularan tempatan melibatkan tiga kes di Negeri Sembilan iaitu dua kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) dan satu kes saringan ke luar negara, tiga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). - Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: