Tindakan Anwar beri kesan negatif kepada anak muda

NURUL AMIN
NURUL AMIN
A
A
A

ALOR SETAR - Dewan Pemuda Pas Kedah menyifatkan tindakan terdesak Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) 'tumbang' kerana hilang majoriti, sebagai tindakan negatif yang boleh memberi kesan kepada golongan muda menjauhkan diri daripada politik.

Ketuanya, Nurul Amin Hamid berkata, tindakan Anwar yang mendahului perlembagaan dan Yang di-Pertuan Agong, serta menafikan hak Perdana Menteri itu seakan memberi kefahaman politik songsang kepada anak muda.

Menurutnya, sepatutnya anak muda dibimbing untuk memahami politik yang pada asasnya hendaklah berlandaskan perlembagaan dan undang-undang.

"Kami ingin menekankan pentingnya mengamalkan politik Islam yang mengutamakan kesejahteraan rakyat berbanding kepentingan peribadi, seperti digariskan Pas melalui Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Nurul Amin berkata, ketidakpastian Anwar mengumumkan angka sokongan terhadap dirinya sendiri umpama penipuan terhadap rakyat, selain cubaan menggugat kestabilan siasah dan merencatkan ekonomi negara.

"Kami harap Anwar kembali ke pangkal jalan, jangan beri kefahaman songsang kepada anak muda melalui tindakan terdesak seperti itu," katanya.

Beliau turut menggesa Anwar agar kembali mengamalkan politik Islam yang lebih harmoni dan kukuh berbanding provokasi.

ARTIKEL BERKAITAN Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

Artikel Berkaitan:

UMNO, BN tidak dapat halang Ahli Parlimen mahu sokong Anwar