X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 147 kes baharu, tiga kematian

Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Di sebalik kehangatan perkembangan politik tanah air, pandemik Covid-19 terus memberi ancaman dengan 147 kes positif baharu dan tiga kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini meningkat kepada 10,505 kes.

"Jumlah kes aktif yang diasingkan dan diberi rawatan adalah 770 kes," katanya.

Menurutnya, jumlah penularan dalam negara ialah 143 kes merangkumi 115 rakyat tempatan dan 28 warga asing dijangkiti virus tersebut.

"Di Sabah, terdapat 134 kes baharu dikesan di negeri itu melibatkan 105 kes Kluster Benteng LD, masing-masing lapan Kluster Laut dan Bangau-Bangau dan lima kes saringan pernafasan akut teruk (SARI)," katanya.

Selain itu, beliau berkata, tiga petugas kesihatan di Semporna, Sabah turut dijangkiti wabak itu.

"KKM turut mengesan masing-masing dua kes daripada Kluster Udin dan Pulau serta satu kes saringan tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, turut dikesan positif di Kedah dengan lima kes, Selangor dua kes serta Kuala Lumpur.

"Di Kelantan juga, satu kes baharu dikesan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dari Sabah yang melibatkan warganegara," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat lapan kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk dua memerlukan bantuan pernafasan.

Mengulas mengenai tiga kematian berkaitan Covid-19, beliau berkata, ia melibatkan seorang wanita warga Indonesia dan dua lelaki tempatan.

"Kes kematian dilaporkan di Hospital Tawau, Semporna dan Alor Setar. KKM mengucapkan takziah kepada keluarga mereka," katanya.

Menurutnya, terdapat 39 kes telah pulih dan dibenar discaj hari ini.

"Jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 9,602 kes iaitu bersamaan dengan 91.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!