24 remaja dikompaun tak pakai pelitup muka

Kira-kira 34 motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan di Kampung Tok Sonan Pulai, mukim Pulai semalam.
Kira-kira 34 motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan di Kampung Tok Sonan Pulai, mukim Pulai semalam.
A
A
A

BALING - Seramai 24 remaja dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka ketika berkumpul di kawasan lapang di Kampung Tok Sonan Pulai, mukim Pulai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya melakukan pemantauan dalam Ops Samseng Jalan sebelum mendapati kumpulan bermotosikal berkumpul di kawasan tanah lapang di kampung itu lebih kurang jam 6.20 petang.

Syed Basri berkata, pihaknya mendapati sekumpulan 48 remaja berusia antara 13 hingga 20 tahun berkumpul sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling untuk pemeriksaan lanjut.

"Daripada jumlah itu, seramai 24 remaja yang melepak tanpa memakai pelitup muka dikenakan kompaun.

"Polis juga mengeluarkan 64 saman atas pelbagai kesalahan trafik ke atas 34 motosikal yang dibawa untuk pemeriksaan lanjut sebelum kesemuanya disita," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap kesemua motosikal turut mendapati terdapat sebuah motosikal curi berkait kes di Kupang sebelum tangkapan dilakukan terhadap penunggang motosikal yang berusia 17 tahun.

Katanya, dalam kes berasingan, pihaknya menahan seorang remaja berusia 20 tahun kerana menunggang dalam keadaan merbahaya dengan melakukan aksi wheelie dari simpang tiga Kampung Telik Teduri menghala ke rumahnya di Kampung Teluk Teduri Pulai.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: