X

Kindly register in order to view this article
!

SPRM sahkan hanya 18 pekebun durian Raub dipanggil bantu siasatan

A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan hanya 18 pekebun dipanggil dan dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung isu penerokaan secara haram di Raub, Pahang.

Menurut satu kenyataan, dakwaan yang mengatakan seramai 50 atau 30 pekebun telah dipanggil untuk membantu siasatan dalam kes tersebut adalah tidak benar.

"Untuk makluman, terdapat 12 lagi individu lain yang turut hadir namun kesemuanya tidak berkaitan dengan siasatan kes berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM nafi panggil 50 pekebun durian Raub

SPRM siasat kes ladang durian haram di Raub

Penceroboh di Raub: Pembela desak PDRM, SPRM ambil tindakan

Pahang rugi hasil cukai RM30 juta akibat penanaman durian haram

"Ingin dijelaskan bahawa penafian yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berhubung isu tersebut adalah merujuk kepada jumlah pekebun yang dipanggil untuk membantu siasatan," katanya di sini.

Semalam, Azam dilaporkan menafikan laporan yang mengatakan SPRM memanggil 50 pekebun durian kelmarin berhubung siasatan kes dakwaan pencerobohan tanah kerajaan negeri yang dijadikan ladang durian secara haram di kawasan tersebut.

Beliau turut mengesahkan kertas siasatan kes itu sudah pun dibuka SPRM Pahang dan pihaknya akan melihat isu berkaitan salah guna kuasa berhubung penerokaan tanah secara haram yang didakwa berlaku.

Sehubungan itu, SPRM berkata, siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan yang mana tindakan SPRM adalah bebas tanpa desakan daripada mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan mengenai isu penerokaan tanah itu yang telah berlarutan sehingga kini.

"Setakat ini, tiada tangkapan yang dibuat dan SPRM akan terus memanggil pihak berkaitan untuk membantu siasatan berhubung isu ini dari semasa ke semasa," katanya.

SPRM juga berharap semua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan jangan melakukan sebarang spekulasi berhubung isu tersebut dan memberi ruang kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan siasatan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!