Pelaburan Google dijangka jana AS$3.2 bilion, 26,500 peluang pekerjaan

Sidang video Anwar bersama Ruth turut disertai beberapa Menteri Kabinet.
Sidang video Anwar bersama Ruth turut disertai beberapa Menteri Kabinet.
A
A
A

PUTRAJAYA – Pelaburan strategik Google di Malaysia dijangka memberikan kesan ekonomi berjumlah AS$3.2 bilion dan membuka peluang pekerjaan kepada 26,500 individu pada pengoperasiannya menjelang 2030 kelak, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman sosial selepas mengadakan panggilan sidang video bersama Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google, Ruth Porat serta pasukannya bagi membincangkan perkembangan pelaburan AS$2 bilion yang diumumkan pada Mei 2024.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan pelaburan ini bergerak dengan kemajuan yang memberangsangkan malah melangkaui jangkaan awal,” katanya pada Rabu.

Perdana Menteri berkata, pelaburan tersebut merangkumi pembinaan dan pengoperasian pusat data serta perkhidmatan awan Google yang pertama di Malaysia.

"Pelaburan strategik ini adalah manifestasi keyakinan berterusan terhadap ekosistem ekonomi digital negara. Ia selari dengan aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai hab serantau bagi aliran data yang selamat, pengkomputeran awan dan inovasi kecerdasan buatan (AI)," jelas Anwar.

Menurutnya, kerajaan kekal konsisten dalam memudah cara serta menyediakan platform sokongan yang diperlukan bagi memastikan pelaburan yang diumumkan dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.

"Dalam semangat ini, saya mengalu-alukan Google untuk terus meneroka peluang pelaburan tambahan di Malaysia pada masa hadapan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pelaburan Google di Malaysia dijangka memberikan kesan ekonomi AS$3.2 bilion dan membuka 26,500 peluang pekerjaan menjelang 2030
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkembangan ini selepas sidang video dengan Presiden Alphabet dan Google, Ruth Porat
  • Pelaburan AS$2 bilion ini termasuk pembinaan dan pengoperasian pusat data serta perkhidmatan awan Google yang pertama di Malaysia
  • Pelaburan ini dianggap sebagai bukti keyakinan terhadap ekosistem ekonomi digital Malaysia dan selaras dengan aspirasi negara
  • Kerajaan Malaysia berkomitmen untuk memudahkan dan menyediakan sokongan bagi memastikan pelaksanaan pelaburan ini berjaya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!