Dua pensyarah kanan ditahan SPRM

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat menahan dua pensyarah kanan kerana disyaki terlibat dalam salah guna kuasa.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil siasatan dijalankan mendapati kedua-dua suspek menggunakan kedudukan dan jawatannya memberikan kerja-kerja berkaitan projek bekalan di sebuah universiti di negeri ini.

Kerja berkaitan projek bekalan itu diberikan kepada syarikat yang dipercayai milik adik kepada salah seorang suspek yang melibatkan jumlah sebanyak RM25,000.

Kedua-dua suspek berusia 40-an ditahan di kampus berkenaan kira-kira jam 2 petang semalam.

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan Mahkamah Sesyen Segamat telah membenarkan tempoh tahanan reman selama tujuh hari terhadap kedua-dua suspek bermula hari ini.

Artikel Berkaitan: