X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kes baharu turun dua angka

Kes baharu koronavirus (Covid-19) menurun ke dua angka berbanding tiga angka semalam apabila mencatat 58 kes membabitkan 53 kes penularan tempatan dan lima kes import. Gambar hiasan.
A
A

KUALA LUMPUR - Kes baharu koronavirus (Covid-19) menurun ke dua angka berbanding tiga angka semalam apabila mencatat 58 kes membabitkan 53 kes penularan tempatan dan lima kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah penularan tempatan sebanyak 29 kes adalah warganegara dan 24 kes bukan warganegara, manakala tiga warganegara dan dua bukan warganegara bagi kes import dari Pakistan, India, Indonesia, Syria dan Filipina.

Menurutnya, di Sabah sebanyak 48 kes dicatatkan dengan 44 kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu, tiga daripada Kluster Laut (kluster baharu) dan satu kes saringan prapembedahan di Hospital Queen Elizabeth.

Menurutnya daripada 48 kes itu, 24 melibatkan bukan warganegara.

"D Kedah terdapat lima kes daripada Kluster Sungai dan menjadikan jumlah kes aktif (keseluruhan) dengan dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 551 kes," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sehingga kini terdapat sembilan kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) melibatkan lima kes memerlukan bantuan pernafasan, sementara tiada pertambahan kes kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu kekal 128 kes.

Katanya, terdapat lapan kes yang telah pulih dengan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 9,189 kes. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!