Covid-19: Tidak boleh sewenangnya tutup sekolah

Dr Hang Soon bersama Jawatankuasa Lembaga Pengurusan SK Perempuan Methodist Ipoh sempena perasmian bangunan Reverend William Edward Horley and Ms Grace Towers.
Dr Hang Soon bersama Jawatankuasa Lembaga Pengurusan SK Perempuan Methodist Ipoh sempena perasmian bangunan Reverend William Edward Horley and Ms Grace Towers.
A
A
A

IPOH - Penutupan sekolah di Kedah hanya akan dilaksanakan selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pihaknya tidak boleh mengeluarkan arahan sewenang-wenangnya meskipun berlaku penularan kes baharu positif koronavirus (Covid-19) di negeri itu.

"Untuk cadangan penutupan ini kita perlu dapatkan pengesahan betul-betul dengan KKM dan MKN, kita sendiri merujuk kepada nasihat mereka kerana tidak mahu timbul apa-apa kekeliruan.

"KKM amat prihatin dengan perkara ini dan pasti buat langkah yang terbaik, mereka akan keluarkan maklumat dan nasihat dalam masa yang singkat (sekiranya perlu penutupan sekolah)," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan orang ramai terutama ibu bapa supaya semua sekolah di Kedah ditutup untuk mengekang penularan wabak.

Menurutnya, keselamatan dan kesihatan sentiasa menjadi fokus Kementerian Pendidikan dengan memastikan semua sekolah beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Dr Hang Soon menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian bangunan Reverend William Edward Horley and Ms Grace Towers di SK Perempuan Methodist Ipoh di sini.
Dr Hang Soon menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian bangunan Reverend William Edward Horley and Ms Grace Towers di SK Perempuan Methodist Ipoh di sini.

"Untuk kes Covid-19 seperti dinyatakan (Kedah) keputusan dibuat melalui rujukan KKM dan MKN," katanya.

Artikel Berkaitan:

Khamis lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di 28 mukim di daerah Kota Setar yang berkuat kuasa pada 11 sehingga 25 September ini.

Setakat semalam, KKM memaklumkan terdapat 14 pertambahan kes baharu positif Covid-19 di Kedah membabitkan Kluster Sungai 11 kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 50 kes manakala Kluster Telaga mencatatkan tiga kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan 16 kes.

Terdahulu, Hang Soon merasmikan bangunan tambahan Reverend William Edward Horley and Ms Grace Towers di Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist Ipoh di sini membabitkan kos RM1.8 juta dan siap pada Oktober 2019 lalu.