Skandal tanah: MB Perak sedia beri kerjasama kepada SPRM

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penjualan tanah dan pasir seperti yang terkandung dalam surat layang baru-baru.

“Saya mengambil maklum laporan yang dibuat oleh Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kepada SPRM berhubung beberapa dakwaan yang terkandung dalam surat layang itu yang tular di media sosial itu.

“Saya secara peribadi sentiasa bersedia memberi kerjasama kepada pihak SPRM untuk menjalankan siasatan ke atas laporan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, ia bertepatan dengan prinsip pentadbiran kerajaan negeri yang sentiasa menekankan kepada kedaulatan undang-undang.

Hari ini, Putra diwakili Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman membuat laporan SPRM berkaitan pendedahan surat itu yang didakwa berlaku penyalahgunaan kuasa.

Surat bertajuk ‘surat karam’ mendedahkan skandal penjualan tanah dan pasir yang didakwa diberikan kepada individu-individu yang dikaitkan dengan Ahmad Faizal.

ARTIKEL BERKAITAN Skandal tanah Perak, Putra buat laporan SPRM

Artikel Berkaitan: