[VIDEO] Saksi dedah tidak dengar Zara Qairina dipukul, diheret - Peguam

Iklan

KOTA KINABALU - Keterangan tiga saksi yang didengar di Mahkamah Koroner di sini setakat ini menyatakan bahawa mereka tidak mendengar Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dipukul atau diheret.

Peguam Azhier Farhan Arisin yang mewakili empat remaja lain yang dituduh dalam kes Zara Qairina berkata, prosiding inkues ketika ini sudah memasuki keterangan pelajar sebelum ini melibatkan remaja yang dirujuk sebagai Pelajar A serta pelajar kedua dan ketiga.

Iklan
Iklan

"Sedikit rangkuman bagi keterangan ketiga-tiga pelajar ini, daripada keterangan mereka bertiga ini, naratif bermula bagaimana Zara dipanggil ke dalam 'dorm' adalah kerana satu insiden kecurian yang diadu oleh pelajar Tingkatan Satu yang lain.

"Insiden tersebut diadu kepada ketua dorm... Maklum tentang aduan tersebut maka mereka telah memanggil arwah Zara untuk memberikan penjelasan.

Iklan

"Dalam sesi perjumpaan tersebut, bukan semua tetapi ada satu dalam kalangan ketua dorm itu telah mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan terhadap arwah Zara, tetapi yang selebihnya tidak ada keterangan yang menunjukkan yang mereka marah, cuba menindas kepada arwah Zara.

"Malah keterangan daripada dua saksi semalam, mereka juga mengatakan bahawa tujuan Zara dipanggil adalah kerana memberi pengesahan kenapa barang itu hilang," katanya kepada pemberita bagi berkongsi apa yang berlaku dalam prosiding tersebut.

Iklan

Azhier berkata, menurut saksi-saksi tersebut sewaktu perjumpaan itu dibuat, ada insiden berbeza berlaku di dorm Zara Qairina apabila pelajar Tingkatan Satu melakukan pemeriksaan mengejut tanpa arahan daripada pelajar senior.

"Ini adalah tindakan Tingkatan Satu sendiri yang buat 'spot check' dan ketika melakukan 'spot check' itu mereka menyelongkar beg dan loker Zara serta menemui lencana yang dikatakan hilang iaitu lencana bendera.

"Dikatakan lencana bendera hilang yang dikatakan milik ketua dorm salah satu pelajar yang dituduh dalam prosiding Seksyen 507C.

"Jadi oleh kerana lencana itu ditemui, maka mereka bertanyakan kenapa bendera tersebut boleh di posisi Zara.

"Jadi arwah Zara ketika itu beritahu dengan bersumpah dia tidak mengambil, tapi mungkin jawapan tersebut tidak memuaskan hati salah seorang daripada senior tersebut, maka keadaan marah itu dikeluarkan," katanya.

Katanya lagi, menurut saksi-saksi, selepas kejadian tersebut mereka beredar dan kembali ke bilik masing-masing.

"Maksudnya arwah Zara balik dorm sebelahnya dan ketua-ketua pun beredar. Saksi-saksi menyatakan pada malam itu, mereka tidak ada mendengar benda-benda yang pelik, tidak ada seperti arwah Zara dipukul, arwah Zara diheret.

"Bererti keterangan saksi setakat hari ini hanyalah menyatakan bahawa perkara selepas penjumpaan tersebut tidak ada, itu sahaja. Kita tidak tahu apa lagi yang selepas itu, kita tunggu keterangan saksi yang akan datang," katanya.

Azhier turut menambah, dalam keterangan saksi kanak-kanak pertama, memaklumkan bahawa dia ada bermalam di rumah Zara Qairina di Sipitang dua hari sebelum kejadian remaja itu ditemui tidak sedarkan diri.

"Saksi ini ada balik bermalam bersama dengan Zara dan ketika mereka pulang balik ke asrama, mereka dihantar oleh ibu Zara.

"Menurut keterangan saksi ini juga, terdapat insiden Zara dimarahi oleh ibunya dan oleh sebab itu ketika dihantar pulang, ibu Zara cuba salam tapi menurut saksi salam itu tidak ikhlas.

"Jadi apabila saya tanya adakah itu kali terakhir ibu Zara berjumpa dengan Zara, menurut saksi 'ya itu kali terakhir dalam keadaan Zara masih lagi marah kepada ibunya," katanya.

Sehubungan itu, sekali lagi Azhier menegaskan masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan berhubung kes tersebut dan pihak terlibat perlu mengelak daripada membuat andaian atau tanggapan yang belum tentu benar.

Azhier sebelum itu turut ditemani rakan sepasukannya iaitu Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Farah Nazriah Chun Lee, ⁠Fareez Salleh dan ⁠Sylyester Kuan.

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli