KOTA KINABALU - Pengawal keselamatan yang bertugas pada malam insiden membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa pelajar senior yang memaklumkan kepadanya mengenai penemuan mangsa, mendakwa dia bangun awal kerana mahu mencuci pakaian.
Linah Mansoding @ Jaliha, 65, berkata, pelajar senior berkenaan merupakan individu pertama yang menemukan pelajar Tingkatan Satu itu dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 16 Julai lepas.
Ibu kepada empat anak itu berkata demikian ketika disoal peguam Joan Goh, yang mewakili seorang remaja didakwa membuli si mati, pada hari ketujuh inkues kematian remaja berkenaan.
Joan: Apabila pelajar senior itu lari cari puan, masa itu, puan tahu dia di mana? Maksud saya, pada kali pertama pelajar itu nampak arwah.
Linah: Kira-kira jam 3 pagi…dia cakap dengar macam benda jatuh, dia mahu cuci kain…dia bangun awal sebab panjang giliran, dia mahu cuci kain tapi dia dengar macam ada benda jatuh, dia tengok, terus dia panggil saya.
Sementara itu, ketika disoal peguam Nurul Rafiqah Afdul Mutolip, yang mewakili bapa Zara Qairina, Linah berkata, kebiasaannya pelajar asrama mencuci pakaian sekitar jam 10 malam, iaitu selepas sesi ‘prep’ (kelas malam), sama ada bersama rakan atau secara sendiri.
Nurul Rafiqah: Sepanjang pengalaman puan, adakah biasa pelajar berjalan di pekarangan asrama sekitar jam 2 pagi?
Linah: Tidak, kalau jam 2 pagi jarang, tidur sudah.
Nurul Rafiqah: Pernahkah pelajar-pelajar mencuci pakaian pada jam 2 pagi?
Linah: Tidak pernah.
Nurul Rafiqah: Sebelum ini, puan ada pernah nampak pelajar senior itu mencuci pakaian sekitar jam 2 pagi?
Linah: Tidak pernah.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung Rabu depan.
Zara Qairina meninggal dunia pada 17 Julai di Hospital Queen Elizabeth.
Pelajar itu dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum, setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - Bernama
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli