CHUKAI - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius serangan siber terhadap pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu yang menjadi saksi dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, serangan siber terhadap seorang pakar perubatan seperti Dr Jessie yang menjalankan tugas profesionalnya adalah tidak wajar kerana boleh mencemarkan martabat profesion perubatan negara.
"Kita boleh pertikai apa pun sahaja tidak mengapa tetapi sampai ke paras buli secara siber itu pada saya sangat tidak wajar,” katanya kepada pemberita selepas sesi INTAN Minister’s Conversation 2025 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Timur di sini hari ini.
Beliau berkata, semua pihak harus menghormati proses kehakiman yang sedang berjalan serta mengiktiraf integriti dan kredibiliti profesion perubatan yang berkhidmat berdasarkan fakta serta prinsip sains.
Dzulkefly berkata, perkara itu penting dalam mewujudkan suasana harmoni di negara ini dan masyarakat tidak seharusnya melakukan sesuatu yang menjejaskan moral petugas kesihatan.
"Kita sedia maklum, mereka (petugas kesihatan) terbeban dengan kerja dan tugas yang berat. Saya harap semua akan dapat menghormati proses kehakiman ini,” katanya.
Sebelum ini polis mengesahkan membuka siasatan susulan laporan daripada Dr Jessie selepas menerima ugutan di media sosial.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Terdahulu sesi INTAN Minister’s Conversation 2025 yang bertemakan"Reformasi Pembiayaan Kesihatan: Mencapah Mendepani Cabaran” dihadiri hampir 900 penjawat awam dari Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Selain memberi pencerahan mengenai hala tuju baharu pembiayaan kesihatan negara selaras dengan komitmen kerajaan dalam memperkukuh sistem kesihatan awam yang lebih mampan, inklusif, dan berdaya tahan, sesi pada hari ini juga memberi peluang kepada peserta bertanyakan pelbagai isu berbangkit kepada Dr Dzulkefly. - Bernama
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli