Inkues Zara Qairina: Pasukan pembelaan 5 remaja diterima sebagai pihak berkepentingan

Iklan
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu benarkan peguam lima remaja terbabit kes buli Zara Qairina sebagai pihak berkepentingan.

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner di sini hari ini membenarkan peguam yang mewakili lima remaja yang didakwa dalam kes buli pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir diterima sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues yang dijadual bermula pada 2 petang.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak sebagai Koroner, membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS), pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, serta barisan peguam bagi lima remaja berkenaan.

Iklan
Iklan

"Perkara ini dibantah oleh SLS dan pasukan peguam ibu Zara Qairina. Pegawai pengendali pula tidak mengemukakan sebarang bantahan. Setelah meneliti hujahan semua pihak, saya berpendapat kepentingan semua perlu dilindungi. Oleh itu, saya memutuskan peguam bagi pihak remaja berkenaan diterima sebagai pihak berkepentingan dalam inkues ini,” kata koroner berkenaan.

Perkara itu dibawa semula ke hadapan Koroner Amir Shah hari ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Duncan Sikodol semalam, yang mengetepikan keputusan terdahulu oleh Koroner Azreena Aziz, yang turut membenarkan peguam terbabit mengambil bahagian sebagai pihak berkepentingan dalam inkues berkenaan.

Iklan

Bagaimanapun, Hakim Duncan menegaskan bahawa peguam terbabit bebas mengemukakan permohonan semula di hadapan Koroner Amir Shah, yang kini mengendalikan kes berkenaan selepas Koroner Azreena menarik diri.

Koroner Azreena, yang juga Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, menarik diri daripada mengendalikan kes itu atas alasan beliau menetap di Papar, iaitu lokasi sekolah agama yang dihadiri Zara Qairina, meskipun menegaskan beliau tidak mengenali individu yang didakwa terbabit.

Iklan

Sejurus selepas keputusan mengenai kemasukan peguam itu, Koroner Amir Shah turut menetapkan 11 Sept bagi lawatan ke lokasi kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, pada 9.30 pagi. Prosiding inkues akan bersambung pada 2 petang dengan pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas remaja berkenaan dijadual memberi keterangan.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu. Remaja berkenaan sebelum itu dimasukkan ke hospital selepas ditemukan tidak sedarkan diri tepi longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan polis.

Pada 8 Ogos, AGC turut mengarahkan kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan. - Bernama

Lagi artikel berkaitan:

Polis tahan lelaki sebar video manipulasi fakta kematian Zara Qairina

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli