Enam kawasan catat IPU tidak sihat

Iklan
Enam kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Enam kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), empat kawasan di Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu Kota Tinggi (165), Pasir Gudang (163), Pengerang (162) dan Larkin (156).

Iklan
Iklan

Di Sarawak, IPD Serian merekodkan bacaan 152, manakala Sri Aman (128).

Sebanyak 52 kawasan pula mencatat bacaan pada tahap sederhana, manakala sembilan kawasan merekodkan bacaan baik.

Iklan

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 ke atas berbahaya. - Bernama

 

Iklan