SHAH ALAM - Pakar patologi yang menjalankan bedah siasat terhadap Zara Qairina Mahathir akan menjadi antara saksi utama memberi keterangan pada prosiding inkues menyiasat punca kematian pelajar itu bermula minggu depan.
Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata, keterangan pakar bedah itu akan menjelaskan punca kematian mangsa pada prosiding yang berlangsung di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah.
"Setakat ini, pihak pendakwa raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali bercadang untuk memanggil lebih kurang 70 orang saksi.
"Antara saksi utama akan dipanggil untuk memberi keterangan ialah pakar patologi melakukan bedah siasat ke atas jenazah Zara Qairina bagi menerangkan punca sebenar kematian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurut AGC, pasukan pegawai pengendali juga telah membuat persiapan rapi termasuk penyediaan dokumen serta penyerahan kepada peguam yang mewakili pihak-pihak berkepentingan dalam prosiding itu.
"Prosiding inkues terbabit juga akan disertai oleh pihak-pihak berkepentingan dan peguam pemerhati sepertimana yang telah dibenarkan oleh Mahkamah Koroner," kata kenyataan itu.
Tambahnya, pihak-pihak berkepentingan itu termasuklah ibu kepada Zara Qairina diwakili beberapa firma guaman terlibat seperti Tetuan Hamid & Co, Shahlan Jufri & Co serta Messrs FN Lee & Nasser.
"Pihak berkepentingan pesalah kanak-kanak pertama diwakili oleh Tetuan Ram Singh & Co serta Goh & Associates, manakala pesalah kanak-kanak kedua hingga kelima pula oleh Tetuan Azhier Arisin & Jaafar," jelas AGC.
Kenyataan itu memberitahu, Sabah Law Society pula bertindak sebagai peguam pemerhati yang dibenarkan oleh Mahkamah Koroner.
"AGC bertekad memastikan prosiding inkues berjalan lancar demi memastikan keadilan dapat ditegakkan dan jabatan juga berpegang kepada prinsip keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, malah mesti dilihat sebagai telah dilaksanakan,” kata kenyataan itu.
Tambah jabatan tersebut, prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian mangsa telah ditetapkan tarikh pendengaran pada 3 hingga 5, 8 hingga 12, 17 hingga 19, 22 hingga 26 dan 29 hingga 30 September depan.
Dalam pada itu, ACG mengambil maklum dan menyedari tentang perhimpunan 'No Justice No Merdeka’ yang dikatakan akan berlangsung pada hujung minggu ini di Sabah berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu itu.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli