Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak

Iklan
Saifuddin

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ibu Zara Qairina Mahathir, iaitu Noraidah Lamat ditanya sebanyak dua kali tentang pelaksanaan pos-mortem atau bedah siasat terhadap mangsa, ketika dia berada di hospital pada 17 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendirian ibu mangsa bagaimanapun kekal sama iaitu tidak mahu proses bedah siasat dijalankan bagi menyegerakan pengebumian anaknya.

Iklan
Iklan

"Pegawai penyiasat berjumpa ibu mangsa dan memaklumkan mengenai keperluan untuk melakukan proses bedah siasat. Ibu mangsa ketika itu menyatakan dia hendak menyegerakan pengebumian kerana anaknya sudah cukup derita.

"Di sini pihak polis dan pengarah siasatan mengakui ada ketidakpatuhan dari segi prosedur siasatan di pihak pegawai polis yang berkenaan.

Iklan

"Pegawai polis pula apabila minta maklumkan kepada ibu, katanya tak nak buat. Dia nak segerakan pengebumian, doktor yang bertugas jam 5 petang di bilik mayat sekali lagi menemui ibu dan ibu kekal dengan pendiriannya," katanya ketika sesi penerangan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Zara Qairina yang merupakan pelajar Tingkatan Satu dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah agama berasrama penuh dalam kejadian 16 Julai lalu.

Iklan

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Kematiannya mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.

Saifuddin turut memaklumkan, Noraidah kemudiannya mengisi dan menandatangani surat akuan enggan bedah siasat mayat di atas kemahuan sendiri bersaksikan kakak iparnya.

Tambah beliau, keputusan itu dibuat mengikut kehendak Noraidah dan ia didokumentasikan secara sah sambil menjelaskan bahawa pegawai penyiasat menghormati permintaan tersebut.

"Dokumen semua siap dan keputusan dibuat atas kehendak ibu serta didokumenkan secara sah. Pegawai penyiasat menghormati sepenuhnya (permintaan ibu) ketika itu.

"Dari sudut Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593), ia dianggap tidak patuh, telah ditegur dan polis akan mengambil tindakan dalaman," ujar beliau.

Sewaktu sesi soal jawab perbahasan, Saifuddin menjelaskan bahawa tindakan Noraidah menandatangani surat akuan adalah fakta dan ia sama sekali tidak bermaksud untuk meletakkan dirinya dalam posisi bersalah.

Tambahnya lagi, kemungkinan sama ada ibu mangsa diberi penerangan mengenai proses bedah siasat atau tidak, perkara tersebut boleh dijelaskan ketika inkues nanti.

"Jauh sekali bila sebut soal persetujuan ibu menandatangani surat akuan, tidak terlintas kenyataan fakta terbabit adalah untuk meletakkan ibu dalam posisi bersalah.

"Saya hanya memaklumkan fakta bahawa pegawai penyiasat khilaf dan niat dia nak mempermudahkan urusan ibu serta menyegerakan proses pengebumian.

"Tetapi, tindakan itu tidak akan dipertahankan, malah Jabatan Sasatan Jenayah (JSJ) berpendirian akan mengambil langkah susulan," katanya lagi.

Lagi artikel berkaitan:

 

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

 

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli