KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan wujudnya elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual dalam kes kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, 13, yang berlaku baru-baru ini.
Beliau berkata, hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ketiga-tiga elemen tersebut telah dikenal pasti dan disiasat secara menyeluruh.
“Saya tak tolak daripada membaca (kertas) pertuduhan itu, ada elemen buli. Jelas. Sebab itu pihak kita juga sama, tak boleh ada usaha ataupun percubaan menutup kalau ada elemen buli.
“Sekolah tempat yang patut jadi tempat selamat untuk anak kita. Para pentadbir sekolah harus diingatkan, kalau ada insiden ini bawa ke tengah, sebab itu siasatan kita menjurus hala tujunya kepada elemen buli.
“Yang sudah pun kita lengkapkan siasatan itu, elemen pengabaian kerana adik ini ada membuat aduan kepada pihak sekolah. Ada elemen gangguan seksual, kita siasat juga. Demikian banyak, terpulang Peguam Negara untuk menetapkan hala tuju sama ada tuduhan itu dapat dibuat atau tidak,” katanya semasa menyampaikan taklimat khas menteri di Dewan Rakyat pada Isnin.
Tambah Saifuddin, inkues adalah platform terbaik sebab semua pihak boleh berbicara secara terus terang dan terbuka bagi mencari kebenaran, seterusnya membawa pelaku ke muka pengadilan.
Beliau turut mendedahkan bahawa ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat ada membuat laporan setelah mengesan ada kesan lebam ketika dia memandikan mayat anaknya pada ketika itu.
“Laporan awal kita serah kepada Peguam Negara dan polis cadangkan supaya kubur digali semula untuk tujuan bedah siasat sebab mak dia kata ada kesan lebam pada mayat. Menggali semula jenazah yang telah disemadikan adalah satu perkara yang sangat serius.
“Ada set prosedur operasi standard yang ketat dan rumit, setiap peringkat perlu kelulusan kehakiman, penelitian forensik. Pihak polis tidak bertangguh sejurus selepas Peguam Negara mengarahkan digali semula.
“Beberapa jam selepas itu, kita mulakan proses untuk mendapatkan kebenaran gali semula daripada Majistret Kelas Pertama dan kita buat melalui aplikasi Zoom dengan kehadiran Pengarah Pendakwaan Negeri dan permohonan ini dibenarkan. Ia membuktikan sekali lagi setiap langkah kita ambil mengikut saluran undang-undang,” jelasnya.
Menurut Saifuddin, proses menggali semula kubur dijalankan dengan disaksikan oleh majistret, ibu Zara Qairina, peguam keluarga, pakar forensik dari Hospital Queen Elizabeth I dan pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
Katanya, pada hari yang sama juga, jenazah dibawa ke hospital Queen Elizabeth I untuk dibedah siasat pada 10 Ogos dan hasil bedah siasat itu disampaikan juga kepada ibu dan peguam keluarga.
“Ia disampaikan secara terbuka terus walaupun itu adalah laporan awal untuk mengesahkan punca kematian yang menyebabkan adik Zara meninggal dunia. Kita datangkan pula seorang lagi pakar dari Hospital Serdang dan semua itu dibuat dengan dihadiri oleh peguam keluarga.
“Terima kasih kepada peguam keluarga kerana membuat kenyataan bahawa beliau berpuas hati dengan semua proses yang dilakukan secara telus, terbuka dan mengikut proses undang-undang,” ujar beliau.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli