PERTAHANAN Real Madrid, Dani Carvajal memahami situasi yang dialami rakan pasukannya, Alvaro Morata seandainya ingin meninggalkan kelab untuk menjamin lebih kerap beraksi.

Pada musim in, Morata hanya 19 kali menjadi pilihan utama dalam 43 penampilan dan menghasilkan 20 gol.

Pemain penyerang itu diintai kelab besar Eropah Manchester United dan AC Milan.

"Kalau saya berada di posisi seorang pemain yang jarang untuk beraksi apatah lagi menjelang Piala Dunia tahun depan, maka jalan terbaik adalah pindah...atau mungkin tidak.

"Dia (Morata) harus mencari apa yang terbaik untuknya" katanya.

Morata perlu bermain dengan kerap di liga musim depan kerana ingin menyarung jersi kebangsaan Sepanyol di Piala Dunia 2018.

Morata masih terikat kontrak dengan Madrid sampai 2021.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENYERANG Sepanyol, Alvaro Morata menuntut pemain La Roja mempamerkan aksi lebih agresif kerana pasukan itu akan berdepan kesukaran membolosi gawang Itali pada pertemuan kalah mati Euro 2016, awal pagi esok.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.