PERSATUAN Raket Skuasy Malaysia (SRAM) tidak akan berputus asa dalam usaha merealisasikan impian melihat sukan itu dipertandingkan dalam temasya Sukan Olimpik.    

Naib Presiden SRAM, Nik Razeen A. Daud berkata usaha memasukkan skuasy ke dalam temasya sukan paling berprestij di dunia itu sentiasa berjalan.    

"Kita tidak akan berputus asa. Saya difahamkan oleh Presiden SRAM (Huang Ying How) yang juga Naib Presiden Persekutuan Skuasy Dunia (WSF), perjuangan untuk memasukkan skuasy ke dalam Sukan Olimpik tidak akan berhenti," katanya.    

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang media Program Kita Juara 2017 bersama pasukan skuasy di Kuala Lumpur, hari ini.    

Dalam pada itu, beliau berkata selain Malaysia, seluruh persatuan skuasy di dunia telah melakukan pelbagai usaha demi memastikan sukan yang telah dimainkan sejak lebih 140 tahun itu dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.  

"Semua pemain dan komuniti skuasy seluruh dunia telah berusaha dan merasakan sukan ini sepatutnya telah lama dipertandingkan dalam Olimpik, tetapi mungkin nasib tidak menyebelahi kami sehingga kini," katanya.    

Sebagai rekod, pada Oktober 2015 arena skuasy negara menerima tamparan apabila sukan berkenaan gagal mendapat 'lampu hijau' dalam program Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.    

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David adalah antara individu yang kuat berkempen tanpa mengenal penat lelah selama beberapa tahun supaya sukan itu dimasukkan dalam program Sukan Olimpik. - Bernama
 

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASUKAN skuasy wanita negara berpeluang cerah untuk pertahankan pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), namun pasukan lelaki menamatkan saingan selepas buat pertama kali gagal menempa tempat ke final.
  • KEHEBATAN pemain skuasy negara terserlah apabila berjaya mengutip dua pingat emas pada final acara beregu lelaki dan wanita pada temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di sini semalam.
  • ACARA skuasy Sukan SEA Ke-29 yang dijadual bermula 9 pagi hari ini, ditangguhkan berikutan bas yang membawa atlet daripada Thailand, Myanmar dan Filipina terbabit dalam kemalangan.
  • BARISAN pemain negara mendapat laluan mudah apabila mendapat 'bye' pada pusingan pertama acara skuasy pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bermula 21 Ogos ini.
  • MEMBIMBANGKAN. Itu situasi sesuai bagi menggambarkan trend peletakan jawatan satu demi satu pemain muda skuasy negara daripada skuad kebangsaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.