SKUAD muda badminton kebangsaan menjuarai tiga daripada lima kategori kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2017 yang berakhir di Kompleks Kejiranan Presint 11 di sini hari ini.

Pemain wanita S. Kisona membuat upset ke atas pilihan utama dan rakan sepasukan Lee Ying Ying 16-21, 21-15 dan 21-17 untuk memenangi kejuaraan antarabangsa kedua buatnya musim ini selepas kejohanan Siri Antarabangsa Victor di Indonesia pada Mei.

Pilihan pertama Lee Jian Yi/Lim Zhen Ting mengalahkan rakan sepasukan Chen Tang Jie/Soh Wooi Yik 24-22 dan 21-19 dalam acara beregu lelaki sementara pasangan beregu wanita Soong Fie Cho/Tee Jing Yi mengalahkan Kittipak Dubthuk/Natcha Saengchote daripada Thailand 21-16 dan 21-17.

Pilihan ke-11 Cheam June Wei pula dikalahkan pemain tidak ternama Loh Kean Yew daripada Singapura 19-21 dan 14-21 dalam acara perseorangan lelaki dalam kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$8,000 (RM34,359).

Dalam acara beregu campuran, pilihan pertama Yantoni Edy Saputra/Marsheilla Gischa Islami daripada Indonesia mengalahkan Nandagopal/Mahima Aggarwal daripada India 21-19 dan 21-9. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KELAB Badminton (KB) Bukit Cheras mengungguli kedudukan Divisyen 2 setelah menewaskan KB Bangsar Hawks 15-2 dalam saingan JPL 2017, semalam.
  • JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir dalam misi memburu gelaran ketujuh Terbuka Jepun selepas mengesahkan slot ke final sebentar tadi.
  • MALAYSIA tidak berdepan masalah untuk melangkah ke separuh akhir acara badminton berpasukan wanita selepas mudah menewaskan Myanmar 3-0 pada aksi suku akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.
  • PEMAIN perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain mengingatkan rakan sepasukannya supaya tidak memandang rendah cabaran Laos dalam aksi pembukaan badminton berpasukan Sukan Sea Kuala Lumpur (KL2017) di Arena Axiata, hari ini.
  • PENGARAH Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen tidak pernah sangsi keupayaan Goh Jin Wei yang akan beraksi di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang akan membuka tirai 19 Ogos ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.