SKUAD bola sepak bawah 22 (B-22) Indonesia tiba semalam untuk menyertai Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017), namun enggan melayani permintaan media tempatan untuk ditemu ramah.

Sekumpulan media yang menunggu hampir dua jam pulang hampa apabila dimaklumkan bahawa ketua jurulatih Luis Milla hanya akan memberi ulasan selepas memulakan sesi latihan skuad Garuda Muda hari ini.

“Maaf pak, kami memang tidak dibenarkan untuk ditemu ramah mana-mana media buat masa ini,” kata seorang wakil pengurus skuad berkenaan ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Indonesia diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Thailand, Vietnam, Filipina, Timor Leste dan Kemboja.

Indonesia memulakan kempen Sukan Sea edisi ke-29 menentang Thailand di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

Indonesia merangkul pingat emas pada edisi 1987 dan 1991 dan pada edisi lepas di Singapura pada 2015, pasukan itu kalah 5-0 kepada Vietnam dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEORANG atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Ogos lalu dipercayai adalah antara tiga atlet yang gagal ujian doping.
  • PEMAIN tenis kerusi roda negara, Abu Samah Borhan yakin dapat memecah dominasi Thailand bagi kategori terbuka lelaki dalam Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017).
  • SKUAD olahraga paralimpik menyasarkan 40 pingat emas daripada 133 acara yang dipertandingkan pada Sukan Para Asean ke-9 yang membuka tirainya bermula 17hingga 23 Sept ini.
  • SKUAD angkat berat negara menutup gelanggang temasya Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) hari ini dengan menghadiahkan pingat perak melalui kategori 85 kilogram (kg) oleh Mohamad Fazrul Azrie Mohdad.
  • LEONG Mun Yee-Traisy Vivien Tukiet tambah emas ke-12 buat skuad terjun negara menerusi acara 10 meter platform Seirama Wanita Sukan SEA kali ke-29 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.