PINTU buat James Rodriguez untuk Real Madrid masih belum tertutup.

Musim depan, James akan melanjutkan kariernya di Bayern Munich selepas direkrut kelab gergasi Jerman itu dengan status pinjaman selama dua musim.

“Karier saya bersama Madrid masih belum habis. Tapi saat ini saya akan fokus sepenuhnya dahulu dengan Bayern.

“Saya harap saya dapat kembalikan prestasinya di Bayern kerana pintu ke Madrid belum tertutup buatnya,” katanya.

Tambahnya, dia harus memikirkan tentang Bayern Munich dengan hidup baharu, gaya bola sepak baharu dan semuanya.

“Saya perlu fokus kepada apa yang sedang saya lakukan ketika ini dan itulah yang akan saya lakukan,” katanya.

Perpindahan James dilihat mengakhiri spekulasi masa depannya di Madrid selepas pemain kebangsaan Colombia itu mula tersisih daripada pasukan utama dan jarang mendapat kesempatan untuk beraksi.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SELEPAS berjaya merampas Romelu Lukaku daripada Chelsea, kini Jose Mourinho mahu merampas pemain Real Madrid, James Rodriguez yang turut diintai The Blues.
  • BINTANG Real Madrid, James Rodriguez dilapor ingin berhijrah ke Manchester United sebelum aksi musim depan bermula jika kelab gergasi Sepanyol itu mahu menjualnya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.