Hakim Danish mahu gegar Litar Le Mans

Hakim Danish
Hakim Danish
A
A
A

PELUMBA muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli melaungkan amaran sudah bersedia mengharungi Pusingan 2 Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 di Litar Le Mans, Perancis, hujung minggu ini.

"Ini minggu keempat saya berlumba secara berturut-turut.

"Ini juga kali kedua saya berlumba di litar Le Mans selepas tahun lalu menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan kesembilan sebelum terjatuh di Perlumbaan 2.

"Tahun ini, sasaran saya adalah untuk bersaing dengan kelompok hadapan dan berharap untuk berada di podium lagi dalam kedua-dua perlumbaan. Jangan lupa support dan doakan saya minggu ini," kata Hakim Danish.

Musim ini, pelumba kelahiran Kuala Terengganu berusia 17 tahun itu memulakan kempen di Pusingan 1 Kejuaraan Dunia JuniorGP di Litar Misano, Itali, pada 21 April lalu.

Hakim Danish selepas itu menyingkap tirai Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup di Litar Jerez, Sepanyol.

Pada Pusingan 1 itu, Hakim Danish berjaya menamatkan Perlumbaan 2 di kedudukan kedua.

Kemudiannya dia mengalih cabaran pada Pusingan 2 Kejuaraan Dunia JuniorGP di Litar Estoril, Portugal minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!